Perkataan falsafah dikatakan berasal daripada bahasa Yunani atau Greek Purba
yang bermaksud philosophia yang bermaksud cinta akan hikmah atau cinta akan
kebijaksanaan. Istilah philosophia mula digunakan dalam abad ke-7 sebelum masihi
(S.M.) oleh ahli falsafah Yunani yang bernama Pythagoras. Plato juga merupakan orang
yang terawal memberikan takrif dengan lebih khusus. Plato menegaskan falsafah
meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara disebalik
sifat luarannya iaitu perkara sebenar yang menjadi asas dan inti pati pembentukan sesuatu benda atauperkara. Kini terdapat pelbagai takrif falsafah bergantung kepada sudut pandangan danpegangan hidup pentakrifnya.
Falsafah boleh ditakrifkan sebagai satu penyelidikan ilmu yang berasaskan
renungan dan pentaakulan untuk merumuskan sifat, hakikat dan kandungan alam yang
dilihat secara keseluruhan. Ilmu falsafah juga mengambil kira data dan bahan kajian
daripada semua aspek alam semesta hasil daripada kajian tentang pelbagai bidang ilmu
sains misalnya sains kemanusiaan, kemasyarakatan, keseniaan, ekonomi, politik, dan
lain-lain. Dalam bidang falsafah terdapat pelbagai jenis falsafah antaranya ialah falsafah
nazari atau theoria iaitu pengunaan akal atau fikiran. Selain itu terdapat falsafah juga
falsafah amali iaitu praktis atau teknik yang dikatakan membentuk adab masyarakat.
Dalam dunia falsafah terdapat ramai tokoh terkemuka yang telah melahirkan ideologi
atau pelbagai fahaman yang berbeza mengikut pendirian tersendiri. Antara tokoh tersebut
adalah Plato yang cukup dikenali oleh pencinta dunia falsafah yang telah dianggap
sebagai pencentus idea atau nota kaki falsafah Barat.
Plato ialah seorang ahli falsafah dari zaman Greek Klasik atau lebih dikenali
sebagai Athens. Plato adalah seorang yang amat berpengatahuan luas dalam pelbagai
bidang antaranya ialah dalam bidang sains kemanusiaan, kemasyarakatan, keseniaan,
ekonomi, politik, dan lain-lain. Plato juga telah menyuarakan pendapatnya dengan tegas,
padat dengan fakta-fakta, dan logik akal. Oleh sebab itu, segala pendapat-pendapat beliau
yang bernas, falsafah-falsafah, serta teori-teori yang diutarakan oleh beliau masih
digunakan sampai ke hari ini.
Kisah Hidup Plato
Plato dilahirkan pada 428 hingga 427 BC di Athens dan meninggal dunia antara
348 hingga 347 BC di Athens ketika berusia 80 tahun. Plato berasal dari keluarga
aristokrat Athens yang memiliki peranan penting di Athens sejak turun-temurun. Bapa
beliau bernama Ariston iaitu seorang bangsawan keturunan raja Kordus yang sangat
dikagumi oleh rakyatnya disebabkan oleh kecekapan dan kebijaksanaannya memerintah
Athens. Ibu beliau pula bernama Periktione iaitu seorang tokoh dan negarawan
agung di Athens. Plato adalah seorang yang bijak, beliau berpendapat kita seharusnya
berfikir berdasarkan sebab dan bukan hanya berdasarkan rasa atau gerak hati. Plato juga
banyak menerangkan tentang apa itu realiti dan bagaimana untuk mencapainya. Selain
daripada itu, Plato juga mewujudkan beberapa persoalan bagi menjelaskan lagi sifat
realiti itu sendiri, antara persoalan-persoalan tersebut ialah tentang apa itu keputihan,
kebulatan, dan kepokokan (Metaphysics – Persoalan yang membawa makna).
Nama sebenar Plato adalah Aristokles dan beliau mendapat gelaran Plato oleh
jurulatih senamannya kerana mempunyai bahu dan dahi yang lebar. Gelaran yang
diberikan itu menjadi popular dan telah melekat menjadi pangilan harian dalam
kalangan masyarakat setempat ketika itu. Ketika beliau masih kecil lagi bapanya telah
meninggal dan ibunya telah berkahwin dengan Pyrilampes iaitu seorang ahli politik di
Athens. Lantaran itu, Plato telah dididik dan dibesarkan oleh Pyrilampes .
Pengaruh Socrates
Seperti kanak-kanak yang lain, Plato telah mendapat didikan dari pelbagai guru
falsafah dan diantaranya adalah Socrates. Sejak berumur 20 tahun, Plato telah menjadi
anak didik Socrates dan Socrates telah memberi banyak pengaruh dalam kehidupan Plato
terutama dalam bidang falsafah. Malah, Plato juga sangat mengagumi Socrates dalam
setiap penghasikan karyanya dan ini terbukti apabila Plato seperti kehilangan segalagalanya
apabila Socrates telah ditangkap dan dihukum mati oleh pemerintah atas tuduhan
menghasut golongan muda agar tidak percaya kepada dewa-dewa.
Kematian Socrates menjadi titik tolak dalam kahidupan Plato terutama dalam
penghasilan karyanya. Beliau telah menghasilkan pelbagai jenis karya yang
kebanyakannya dalam bentuk dialog dengan menggunakan gaya bahasa yang sangat
indah dan menarik. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa Plato telah
menghasilkan sebanyak 34 buah karya sepanjang hidupnya yang merangkumi dialog
dan puisi. Melalui karya yang dihasilkan, Plato bukan sahaja dikenali sebagai seorang
ahli falsafasah agung malah seorang sasterawan yang terkemuka. Antara hasil penulisan
beliau ialah Republic, Timaios, Apologie, Kriton, Petagoras dan pelbagai lagi.
Dalam kebanyakan karya yang dihasilkan oleh Plato adalah di dalam bentuk
cerita dan dialog, beliau menggunakan kaedah Sokrat iaitu kaedah yang
dikembangkan oleh gurunya iaitu Socrates. Kaedah ini wujud dalam satu bentuk soal
jawab atau dialog sebagai usaha meraih kebenaran dan pengetahuan. Kebanyakan
persoalan-persoalan dalam bukunya adalah dalam bentuk dialog. Plato telah berhasil
menyempurnakan kaedah Sokrat ini dengan menulis dialog-dialognya dalam bentuk
kesusasteraan yang mampu mengagumkan semua orang dari abad ke abad. Dalam
seluruh karya falsafah Plato, beliau telah meletakkan Socrates sebagai pelaku utama
dalam karyanya. Hal ini membuktikan bahawa Plato sangat mengagumi, menghormati
dan mencintai Socrates sehingga nama Socrates diabadikan di dalam hampir kesemua
karya beliau.
Teori Seni Plato
Konsep Mimesis
Dalam setiap penulisan Plato, terdapat pelbagai falsafah yang menjadi pegangan
atau panduan dalam kehidupan masyarakat. Antaranya ialah tanggapan Plato terhadap
seni yang dianggap sebagai peniruan. Di dalam bukunya yang bertajuk Republix X,
Plato dengan tegasnya menyatakan bahawa seni adalah suatu ‘mimesis’,
sama ada catan, lukisan, muzik, puisi atau drama adalah tiruan. Walau bagaimanapun, beliau
menggunakan istilah mimesis iaitu menghasilkan tiruan atau imitasi dengan beberapa
maksud yang berlainan. Dalam sistem Plato, mimesis bermaksud mengulangi atau
mengeluarkan semula kata, perbuatan atau gerak tangan seseorang serta mempunyai
persamaan dengan benda atau objek yang menyerupai seperti orang lain serta mewakili
aksi-aksi manusia.
Selain itu, Plato menggunakan konsep mimesis dengan 4 maksud yang berlainan
dan maksud-maksud ini boleh bertindih antara satu sama lain. Plato menegaskan bahawa
seorang pelukis dan ahli catan ialah seorang yang meniru benda yang dihasilkan oleh
orang lain. Hal ini kerana benda yang dilukis dalam catannya akan nampak sama seperti
objek yang asal dan orang yang bodoh akan berpendapat bahawa mereka sedang melihat
benda yang asal apabila melihat catan tersebut. Mimesis sebagai proses mengulangi atau
mengeluarkan kata dan gerak-geri seseorang terdapat dalam hasil respodi iaitu orang
yang bercakap dan mengulangi kata seorang penyair atau dramatis. Hal ini bermaksud
rapsodi itu hanya memperbanyakkan lagi apa yang telah dihasilkan oleh penyair tersebut.
Mimesis sebagai penghasilan tiruan bukan sahaja merujuk kepada kepada catan
,lukisan dan arca tetapi juga merujuk kepada puisi dan drama. Plato mendakwa bahawa
seorang penyair atau pelakon akan cuba meniru kelakuan dewa-dewi Yunani, namun
yang menjadi permasalahannya ialah mereka memberi gambaran yang tidak tepat
terhadap kelakuan aksi dan kata-kata dewa itu. Hal inilah yang menyebabkan Plato
beranggapan bahawa seorang seniman iaitu penyair, pelukis, ahli catan atau pelakon
wajar dibuang dari sebuah republik yang unggul. Selain itu, Plato juga menegaskan
bahawa seorang seniman hanya menghasilkan sesuatu yang tiruan daripada objek yang
terdapat dalam dunia fizikal dan bukan sumber untuk pengetahuan.
Di samping itu, Plato berpendapat sekiranya kita hendak mengetahui ciri-ciri
sebuah kerusi adalah lebih baik kita mengkaji kerusi itu daripada mengkaji catan atau
lukisan kerusi itu. Hal ini kerana Plato berpendapat bahawa karya seni boleh menipu kita,
sebagai contoh, seorang kanak-kanak atau orang dewasa yang bodoh akan mempercayai
mereka sedang berhadapan dengan kerusi apabila mereka sedang berhadapan dengan
catan sebuah kerusi.
Teori Tentang Manusia, Idea, dan Pengetahuan
Plato mempunyai teorinya yang tersendiri mengenai manusia, idea, dan
pengetahuan. Plato telah membuat suatu perumpamaan yang sangat menarik tentang
orang tahanan yang tinggal di dalam sebuah gua dalam karyanya yang berjudul Republik.
Plato menyatakan kononnya di dalam sebuah gua di bawah tanah ditempatkan tahanan
yang kaki dan leher mereka diikat menghadap ke dinding gua. Malah dikatakan mereka
dikehendaki duduk membelakangi pintu masuk gua dan pintu ini dibiarkan terbuka bagi
membolehkan cahaya dari luar dapat masuk ke dalam gua pada waktu siang. Namun
terdapat juga sumber cahaya yang berasal dari unggun api yang diletakkan di atas pintu
masuk gua dan di antara unggun api dan tahanan itu terdapat sebuah jalan yang terletak
lebih rendah daripada unggun api tetapi lebih tinggi daripada tempat tahanan itu di tahan.
Selain itu, jalan tersebut sentiasa dipenuhi oleh orang yang mundar-mandir yang
membawa pelbagai jenis barangan dan disebabkan terdapat unggun api dipintu masuk
gua tersebut maka terpantul bayangan orang yang lalu lalang di situ.
Oleh disebabkan hampir seluruh hidup tawanan itu melihat bayang-bayang di
hadapan pintu gua itu, mereka semakin percaya bahawa bayangan itu adalah realiti
kehidupan mereka yang sebenarnya. Plato menegaskan bahawa gua yang berada di
bawah tanah itu tidak ubah seperti dunia yang dapat dilihat oleh pancaindera manusia dan
setiap bayangan yang mereka lihat itu adalah hakikat atau realiti dalam kehidupan.
Selain itu, Plato turut menggambarkan perkara yang mungkin akan terjadi atau berlaku
sekiranya salah seorang daripada tahanan dalam gua itu dilepaskan keluar. Tahanan itu
mungkin akan menyangkan bahawa dia telah keluar dari dunia nyata dan memasuki dunia
bayangan atau impian. Namun lambat laun dia akan menyedari bahawa sebenarnya apa
yang dilihatnya di dalam gua hanya bayangan dan segala yang berlaku di luar gua adalah
kenyataan yang sebenarnya. Plato juga menegaskan bahawa hanya orang yang terlepas
daripada belenggu itu sahaja yang mengetahui bahawa perkara yang dilihat di dalam gua
itu bukan realiti yang sebenarnya.
Hampir kebanyakkan falsafah Plato tertumpu kepada ajaranya tentang idea.
Plato percaya bahawa idea adalah realiti yang sebenarnya daripada sesuatu yang dapat
diketahui melalui pancaindera manusia. Hal ini kerana idea tidak akan berubah tetapi
hidupan seperti bunga, pokok , manusia dan haiwan akan mati. Oleh kerana idea adalah
realiti yang sebenarnya, maka menurut Plato idea bukan sekadar gambaran yang berada
di dalam pemikiran manusia. Bagi Plato idea bersifat objektif kerana idea tidak
bergantung kepada daya pemikiran manusia, sempurna dan tidak berubah. Plato
menegaskan idea merupakan realiti kehidupan yang sebenarnya manakala alam indera
bukan realiti kehidupan yang sebenarnya kerana alam indera hanya bayangan atau
gambaran yang tidak lengkap dan tidak sempurna dari dunia idea. Sebagai contoh,
pelbagai jenis kerusi yang terdapat dalam alam indera merupakan bayangan yang tidak
lengkap berbanding kerusi yang sempurna dalam alam idea.
Plato berpendapat kerusi yang ada dalam alam idea itu hanya satu manakala
terdapat pelbagai kerusi yang terdapat dalam alam indera yang dianggap sebagai
bayangan atau gambaran yang tidak sempurna. Namun, demikian, kerusi dalam alam
indera itu mengambarkan kerusi yang sempura dan pelbagai bentuk serta rupa. Plato
tidak menolak bahawa alam indera merupakan satu alam realiti namun beliau
berpendapat alam itu bukanlah alam realiti yang sebenarnya. Hal ini kerana alam indera
adalah alam tiruan yang diibaratkan sementara yang lahir dari alam idea dan ini
menyebabkan Plato menyatakan alam idea adalah alam yang utama bagi dirinya. Namun
demikian, Plato mengakui kedua-dua alam ini mempunyai realiti yang tersendiri. Bagi
Plato terdapat dua cara untuk mengenal pasti kedua-dua alam ini kerana alam indera
dikenalpasti melalui pancaindera sedangkan alam idea dikenali melalui akal budi.
Sebagai contoh, melalui pancaindera manusia mengenali kerusi yang pelbagai seperti
yang bulat, kecil atau besar.
Sehubungan dengan itu, Plato berpendapat manusia memasuki alam idea dan
mengenali tentang kerusi yang sempurna dan tunggal melalui akal budi. Walaupun
bagaimanapun, terdapat pandangan yang menyatakan bahawa alam idea tidak beraneka
tetapi ini tidak bermakna alam idea hanya mempunyai satu idea sahaja. Hal ini kerana
pada alam idea itu sebenarnya terdapat banyak idea namun idea tersebut hanya ada satu.
Sebagai contoh hanya ada satu idea tentang kerusi dan manusia tetapi terdapat idea yang
saling berkait antara satu sama lain dengan idea yang lain dan idea ini kemudian bersatu
dalam satu realiti. Misalnya idea tentang manusia bersatu dengan idea tentang wanita
dan penyatuan idea ke dalam realiti berkenaan disebut sebagai persekutuan. Selain
daripada idea yang menyatu dalam persekutuan idea, idea juga memiliki susunan atau
hireaki. Bagi Plato, idea yang berada dalam hieraki teratas adalah idea yang menerangi
seluruh idea yang ada di alam idea.
Manusia dapat mengetahui bahawa apa yang ada dalam alam adalah gambaran
dan bayangan daripada alam idea. Dalam hal ini jiwa berperanan sebagai penghubung
yang menghubungkan alam idea dengan alam indera. Menurut Plato sebelum jiwa
manusia di penjara oleh tubuh, jiwa berada dalam alam idea dan jiwa itu mengenal
sesuatu yang ada dalam alam idea dan apabila jiwa masuk ke dalam alam indera dan
terpenjara oleh tubuh, jiwa akan teringat tentang idea. Oleh itu bagi Plato, pengetahuan
adalah ingatan dan keupayaan untuk memperoleh pengetahuan bererti keupayaan untuk
kembali memasuki alam idea melalui daya ingatan.
Ciri-ciri Estatika
Selain itu Plato turut bermadah mengenai estatika atau lebih dikenali sebagai
keindahan dan tentang ciri-ciri yang mesti terdapat pada keindahan. Plato telah
menghuraikan secara panjang lebar dalam bukunya yang bertajuk Symposium mengenai
persoalan objek cinta ialah keindahan. Dalam bukunya itu beliau menyampaikan dalam
bentuk dialog-dialog watak utama seperti Phaedrus, Eryximachus, Aristophanes, Agathon
dan Socrates. Terang-terang dalam dialog watak ini menyatakan bahawa proses mencintai
tentang keindahan itu perlu diasaskan pada zaman kanak-kanak lagi. Selain itu, beliau
telah menyenaraikan tujuh ciri utama, ciri yang pertama the good, yang kedua the
beneficial, yang ketiga the reasonable, yang keempat the appropriate, yang kelima the
balance, yang keenam the pleasant, dan ciri yang terakhir iaitu the handsome.
Ciri yang pertama iaitu the good membawa maksud sesuatu yang baik, Plato
bermadah bahawa sesuatu yang indah itu mestilah mempunyai ciri-ciri yang baik dan
tidak membawa sebarang keburukan kepada manusia dan alam. Ciri yang kedua iaitu the
beneficial membawa maksud bermanfaat atau faedah kepada kita, contohnya sebuah
almari. Almari tersebut menjadi tempat untuk kita menyimpan kelengkapan seharian
seperti pakaian, barangan peribadi, dan sebagainya. Ini telah menunjukkan kegunaannya
dan amat memberi manfaat kepada kita. Ciri yang ketiga pula iaitu the reasonable yang
bermaksud munasabah. Ciri ini menerangkan bahawa sesuatu objek yang dicipta mestilah
munasabah yakni melalui reka bentuknya, tujuan, dan kegunaannya. Ciri estatika yang
keempat ialah the appropriate yang bermaksud berpatutan atau berpadanan. The balance
atau keseimbangan adalah ciri estatika yang kelima. Ciri ini menerangkan tentang
kepentingan sifat seimbang pada sesuatu objek, contohnya jika sebuah meja mempunyai
hanya satu kaki sahaja sudah meja tersebut menjadi tidak seimbang dan akan
menyusahkan para pengguna. Ciri yang keenam pula ialah the pleasant yang memberi
maksud seronok atau pun menyenangkan. Sesuatu objek yang mempunyai nilai estatika
mestilah mempunyai ciri ini kerana ianya adalah amat penting bagi bagi kita untuk
menghayati sesuatu keindahannya dengan lebih mendalam. Ciri estatika yang terakhir
yang telah diutarakan oleh Plato ialah the good yang bermaksud elok, baik, atau bagus.
Ciri ini menerangkan tentang nilai kebaikan yang terdapat pada sesuatu benda samada
alam semulajadi ataupun barangan yang dibuat oleh manusia, contohnya matahari yang
menerangi bumi dan memberikan tenaga hidup kepada flora dan fauna.
Sesungguhnya bidang estatik merupakan suatu bidang falsafah yang mengkaji
tentang konsep keindahan baik keindahan semulajadi atau keindahan benda-benda buatan
manusia. Oleh itu, kita tidak seharusnya memandang ringan tentang bidang estatika ini
kerana ianya merangkumi bidang yang amat luas. Estatika juga merangkumi bidang
sastera seperti puisi,esei dan novel, ia juga terdapat di dalam bidang muzik tradisional
mahupun muzik moden yang menggunakan gitar, piano, biola, gendang dan juga sintisize
muzik dari computer. Kita memerlukan penggunaan kelima-lima pacaindera utuk
menghayati,memahami dan memanfaatkannya.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, di sini dapat disimpulkan bahawa Plato merupakan
seoarang pemikir falsafah yang paling unggul dan berwibawa. Hal ini kerana karyakarya
yang dihasilkan oleh Plato mempunyai makna yang tersirat dan memerlukan
pentakrifan akal manusia untuk memahami dan mendalami perkara yang ingin
disampaikan oleh Plato. Plato sememangnya merupakan seorang tokoh falsafah yang
terkemuka kerana setiap karya yang dihasilkan sama ada dalam bentuk puisi atau dialog
mempunyai falsafah yang tersendiri. Setiap falsafah yang dihasilkan adalah untuk
mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Oleh hal yang demikian,
Plato telah dijadikan sumber inspirasi oleh ahli falsafah lain dalam penghasilan karya
mereka dan Plato diibaratkan sebagai pencetus idea kepada mereka. Berdasarkan huraian
yang telah dipersembahkan di atas, jelas terlihat bahawa idealisme yang dipegang oleh
Plato adalah berbeza dengan idealisme moden. Hal demikian adalah kerana bagi Plato,
alam idea merupakan suatu idea yang objektif. Oleh sebab itu, idealisme Plato sering
disebut sebagai idealisme realisme, sedangkan idealisme moden lebih bersifat subjektif.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Plato merupakan seorang ahli falsafah yang agung
melalui tulisan-tulisan yang dipersembahkannya.